Featured
loading...
Showing posts with label Hubungan Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Hubungan Suami Isteri. Show all posts

Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin



Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin | Jamu merupakan satu kaedah rawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi untuk ibu yang lepas bersalin juga ibu yang mahu kelihatan sentiasa langsing . Para ibu zaman dahulu mengekalkan kejelitaan dan kelangsingan tubuh hanya dengan meminum jamu .


Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin


Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin


Selepas bersalin , badan seorang wanita menjadi lemah .
Otot-otot jadi kendur sebab meneran ketika melahirkan .
Bahagian rahim pula luka dan perlukan rawatan .
Selain itu bahagian v juga perlu dicuci dari bau yang tidak menyenangkan ,
diketatkan laluan yang sudah kendur .
Perut pula perlu ditegangkan seperti asal supaya perut kelihatan kempis .
Justeru itu , para iu selepas bersalin perlu minum jamu selain memakai bengkung .

Berikut adalah bahan-bahan dan Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin .


Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin

Bahan - bahan :


Manjakani
Asam Jawa
Kunyit
Halia
Gula Melaka


Cara-cara MembuatnyaJamu Langsing :


Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin

Letakkan periuk di atas gas ,
masukkan halia , kunyit dan manjakani .



Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin

Masukkan 2 cawan air .
Rebus semua bahan sehingga masak .



Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin

Apabila bahan sudah masak ,
kisar semua bahan termasuk airnya .



Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin

Tapis bahan yang dikisar tadi .
Ambil airnya .


Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin

Masukkan air yang ditapis tadi ke dalam periuk .
Masak bersama gula melaka dan air asam jawa .
Masak menggunakan api perlahan .
Bila sudah mendidih dan gula melaka sudah cair , 
bolehlah tutup api .


Tips :


Boleh gantikan asam jawa dengan lemon .
Boleh masukkan serai jika suka .
Boleh gantikan gula melaka dengan madu .
Boleh masukkan jadam jika ada .


* madu dan lemon masukkan bila hendak minum .







10 Pesanan Menjadi Isteri Solehah


10 Pesanan Menjadi Isteri Solehah | Untuk menjadi isteri yang solehah , kaum isteri perlu banyak berkorban . Berkorban menutup aurat , menjaga pertuturan , menghadkan pergaulan , meminta izin bila nak keluar rumah dan sebgainya .


10 Pesanan Menjadi Isteri Solehah


10 Pesanan Menjadi Isteri Solehah


  • Sentiasa  menjadi pendamping suami , menerima segala kekurangan dan tidak mebebankan suami .
  • Mendengar dan mentaati suami .
  • Memberi layanan baik kepada suami , pelihara anak dan menjaga rumah tangga .
  • Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami .
  • Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami .
  • Menjaga makan minum suami yang betul , waktu tidur yang tepat elak emosi suami terganggu .
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal .
  • Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga .
  • Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain .
  • Isteri perlu menjadi orang yang paling mengagumkan suami .

Psiko Suami Liat Berpuasa



Psiko Suami Liat Berpuasa | Ramadhan sudah seminggu berlalu . Maknanya , kita sudah membiasakan diri bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur untuk keluarga . Mudah - mudahan yang berpuasa itu nanti lebih istiqamah untuk menunaikan ibadah dan bukan kerana pesta makanan di bazar ramadhan serta buffet hotel dan restoran .

Psiko Suami Liat Berpuasa

Psiko Suami Liat Berpuasa


Rasa - rasanyalah ada lagi tak lelaki / suami yang liat puasa ? Tak mustahil kalau ada kan ! Memang ada sebab Chinta dah nampak dengan mata kepala Chinta sendiri . Chinta cuma boleh geleng kepala je . Okeylah . Now ada tips untuk bimbing suami yang liat sangat nak puasa nih ... antaranya :

1. Kenal pasti punca . 

Mungkin ibu bapa suami ni dulu tidak paksa dia berpuasa sejak dia kecil lagi . Jadi bila dah dewasa , dia rasa susah nak bila tiba - tiba mesti puasa .

2. Si isteri perlu bijak mengatur strategi . 

Jangan paksa . Macam suruh anak - anak belajar berpuasa . Belajar berpuasa secara berperingkat , perlahan - lahan . Apatah lagi kalau suami tu baru saja kenal Islam .

3. Nasihat si suami secara bijaksana . 

Kalau boleh jangan  sampai teguran isteri tu menaikkan kemarahan si suami lah . Beritahu tentang kewajipan berpuasa tu dengan cara diplomasi . Sama ada dia menerima atau tidak , sekurang - kurangnya si isteri sudah berusaha menasihatinya .

4. Guna Psikologi

Kalau masih tak jalan gak , mungkin isteri boleh guna strategi whatsapp guna ayat yang baik - baik , memuji , beri perangsang supaya suami sedar tentang keperluan menjalankan tanggungjawab  berpuasa .

5. Sediakan Hidangan Kegemaran

Si isteri boleh umpan suami dengan menu berbuka dan bersahur yang disukai suami sambil berdoa semoga Allah memberi rahmat dan membukakan pintu hati suami untuk berpuasa .

6. Sahur Pada Waktu Kecemasan

Cuba kejutkan suami pada waktu yang agak lewat untuk bersahur anggaran setengah jam sebelum imsak . Biasanya lelaki ni memang liat sikit bila suruh bangun sahur . Mungkin juga si isteri boleh bawakan makanan / minuman ke tempat tidur suami .

7. Berdoa 

Sekiranya semua usaha kat atas ni tak berjaya , berdoalah pada Allah agar di beri kekuatan untuk membimbing suami , sentiasa cari peluang untuk beri galakan / dorongan agar suami dapat lakukannya satu hari nanti .


Sabar Menangani


Sama ada anak - anak ataupun suami , para isteri dan ibu perlu sabar untuk mentarbiahkan mereka supaya berpuasa . Sudah tentu bukan mudah . Kalau dah biasa tak puasa , memang rasa seksa bila berpuasa . Niat kerana Allah dan tawakkal , insha Allah dipermudahkan oleh Nya .


10 Cara Lebatkan Rezeki Suami Isteri


10 Cara Lebatkan Rezeki Suami IsteriKadang terlepas pandang dalam beberapa sudut ini, yang mana sebenarnya agak berkait dengan soal rezeki yang bakal muncul. Cuba semak dan betulkan sikap antara satu sama lain demi masa depan yang lebih manis dan rumah tangga bahagia .



10 Cara Lebatkan Rezeki Suami Isteri


Berikut adalah 10 Cara Lebatkan Rezeki Suami Isteri yang anda boleh jadikan panduan .

1- Selalu solat berjemaah dan mengaji al-Quran bersama .

2- Jangan berkira dengan isteri , anak , ibu dan mertua .

3- Peluk dan cium pasangan sebelum keluar bekerja .

4- Salam dan cium tangan suami sebelum keluar rumah / pergi kerja .

5- Jangan tamak dengan rezeki yang ada .

6- Tambah anak semampu boleh kerana anak pembawa rezeki .

7- Gunakan perkataan dan bahasa lembut bila bersembang dengan pasangan .

8- Jangan abaikan didikan dunia akhirat anak-anak .

9- Selalu memberi berkongsi rezeki dan elak meminta .

10- Jangan marah dan bertengkar di depan rezeki .


10 Cara Tangani Masalah Pasangan Cemburu


10 Cara Tangani Masalah Pasangan Cemburu | Cemburu tandanya sayang , itulah pepatah yang sering kita dengar . Kalau iada sayang , untuk apa cemburu kan ? Tapi ada pasangan yang cemburu buta . Bila perkara itu terjadi , maka anda kena pandai untuk kawal situasi . 


10 Cara Tangani Masalah Pasangan Cemburu

10 Cara Tangani Masalah Pasangan Cemburu


Cemburu yang berlebihan akan membuatkan pasangan anda menjadi bosan . Pasangan anda akan merasakan anda mahu mengawal semua gerak gerinya . Pasangan anda akan merasa dikongkong dan akhirnya akan memberontak . Jika berterusan , sudah tentu akan membuatkan pasangan anda meninggalkan anda .

Berikut ada beberapa tips untuk menangani pasangan cemburu terutama dalam perkahwinan .

1- Jangan Berbohong


Seorang yang kuat cemburu sangat sukar menerima pasangan yang berbohong walaupun bohong kerana terpaksa untuk selamatkan keadaan . Sekali anda berbohong , pasangan anda akan anggap anda pembohong selamanya .

2- Jangan Berahsia 


Cerita apa sahaja yang pasangan anda peru dan ingin tahu . Sekiranya pasangan anda dapati anda ada menyimpan rahsia dan anda tak mengakui , dia akan sentiasa curiga dengan setipa perlakuan pelik anda .

3- Kenalkan Orang Di Sekeliling


Jika boleh biarkan pasangan anda mengenali orang yang berada di sekeliling anda seperti saudara mara , rakan sekerja dan kawan-kawan .

4- Berterus Terang


Berterus terang tentang apa yang anda fikir , rasa dan tahu itu lebih baik untuk elak salah faham . Jika anda memendam perasaan , ianya akan menjadi lebih buruk kerana akan membuatkan anda memberontak satu hari nanti . 

5- Ucapkan


Sentiasa ucapkan kata-kata penghargaan dan kasih sayang terhadap pasangan anda supaya dia rasa lebih disayangi dan dihargai kewujudannya di sisi anda .


6- Komitmen


Tunjukkan sikap tanggungjawab anda sepenuhnya kepada pasangan dan anak -anak . Dengan cara itu , pasangan anda rasa lebih selamat dan hatinya lebih tenang .

7- Kawal Diri


Kawal diri anda dari terlebih mesra dengan orang disekeliling anda . Selain mengelakkan fitnah , anda perlu jaga perasaan dan maruah pasangan anda juga .

8- Penjelasan


Terangkan kepada pasangan anda mengapa perlu melakukan sesuatu seperti mengasingkn diri untuk seketika atau pun privasi bersama kawan-kawan supaya pasangan anda tidak merasa dirinya tidak diperlukan lagi atau pun menyusahkan .

9- Sabar


Sabar merupakan perkara utama dalam perhubungan . Setiap orang ada kerenahnya sendiri . Begitu juga pasangan anda . Sudah tentu ada sesuatu pada anda yang dia tak suka dan sebaliknya . Tiada manusia yang sempurna .

10- Memaafkan


Setiap manusia akan melakukan kesalahan . Jika kita sayangkan pasangan , memaafkan adalah perkara terbaik demi perhubungan yang berpanjangan hidup dalam kedamaian dan harmoni . Tapi ada perlu ingatkan pasangan supaya tidak melakukan perkara yang sama pada masa akan datang .



Mawaddah Wa Rahmah Dalam Rumah Tangga


Mawaddah Wa Rahmah Dalam Rumah Tangga | Rumahku Syurgaku adalah wawasan berteraskan ajaran Rasulullah s.a.w. . Untuk mencapai taraf syurga di dalam sebuah rumah tangga , semua keperluan mesti dipenuhi . Elemen penting dalam keperluan ini ialah hubungan yang baik dan berkesan dalam rumah tangga berasaskan kasih sayang yang kukuh .

Kebahagiaan sesebuah rumah tangga memerlukan keseimbangan dari segi emosi , rohani dan jasmani berpaksikan kasih sayang . Kehilangan keseimbangan ini bermakna kekeringan kebahagiaan keluarga . Kebahagiaan adalah sesuatu yang lahir dari hati seseorang . Kebahagiaan dapat dilihat apabila seseorang itu berasa senang hati dan gembira dan dapat dilihat melalui raut wajah dan tigkah lakunya . 

Mawaddah Wa Rahmah Dalam Rumah Tangga

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging . Apabila ia baik , baik pulalah seluruh badan , tetapi apabila ia rosak , rosak pulalah seluruh badan . Ingatlah ia adalah hati . "
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Setiap pasangan suami isteri hendaklah memastikan yang hubungan mereka sesama sendiri dan hubungan mereka dengan anak-anak adalah sentiasa baik yang timbul dari hati yang baik .

Kasih sayang dan belas kasihan atau mawaddah wa rahmah seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas , bermaksud bahawa hubungan ibu bapa sebagai suami isteri hendaklah berasaskan sentiasa kasih mengasihi , bertolak ansur , memperbanyakkan sabar , tabah di dalam menghadapi gelora rumahtangga dan menjadikan sifat suka bermaaf - maafan sebagai amalan yang berterusan .

Suami dan isteri perlulah meletakkan kasih sayang dan belas kasihan , sebagai asas dalam kehidupan berumah tangga . Tanpa kasih sayang dan belas kasihan , sesuatu ikatan perkahwinan itu tidak menuju ke istana bahagia seperti yang diharapkan , malah ia akan mengubah haluan kepada kehancuran . 

Hubungan antara ibu dan bapa dibentuk dalam keadaan ' makruf ' ( baik ) akan membenihkan kasih sayang yang bertunas dan bercambah ke dalam ahli keluarganya . Anak yang melihat kasih sayang antara ibu dan bapanya akan turut sama menikmati kemanisan suasana itu . Ini bermakna cara terbaik menyanyangi anak ialah dengan menyanyangi pasangan masing-masing .

Langkah menzahirkan kasih sayang dalam keluarga memerlukan beberapa prasyarat . Antara lainnya :
  • memahami keperluan emosi
  • meluangan masa indah bersama keluarga 
  • menyemarakkan kemesraan 
  • mewujudkan komunikasi secara efektif
  • membudayakan nila-nilai murni keluarga 
  • memikul tanggungjawab bersama 
  • mengutamakan keluarga dalam perancangan masa depan 

Kunci penting dalam mewujudkan hubungan yang kukuh di kalangan anggota keluarga ialah rasa penuh tanggung jawab dan kasih sayang . Kalau tanggung jawab semata -mata , ia mungkin menjadi tandus . Kalau semata-mata kasih sayang , ia mungkin berubah . Oleh itu , hubungan perlu diwujudkan dengan rasa tanggung jawab dan penuh kasih sayang . Dengan yang demikian , kehidupan keluarga menjadi sebuah taman indah iaitu seperti sebuah ' raudhah ' .

Kasih sayang adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga . Sekiranya tiap-tiap rumpun keluarga itu tidak mewujudkan satu ikatan yang baik dan harmoni , maka kedudukan sesebuah masyarakat itu akan pincang , justeru bangsa dan negara menjadi lemah . 

Apabila situasi ini berlaku , kemajuan tidak akan dapat dicapai dan masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan . Begitulah pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli keluarga bagi mencapai hasrat yang dicita-citakan .


Cara Rasulullah Melayan Isteri


Cara Rasulullah Melayan Isteri | Hubungan suami isteri akan lebih harmoni dan bahagia jika pasangan dapat melayan kehendak antara satu sama lain dengan baik . Selain itu , saling bertolak ansur dan meringankan tangan untuk membantu adalah antara resepi untuk mendapat rumahtangga yang bahagia .


Cara Rasulullah Melayan Isteri


Cara Rasulullah Melayan Isteri


Setiap isteri mahu dilayan dengan lembut oleh suaminya . Tentu para suami akan bertanya , layanan yang bagaimana yang isteri mahukan ? Jawapannya sudah tentu sepertimana Rasulullah melayan para isterinya seperti berikut :

1- Pakaian


Rasulullah akan menapal sendiri pakaian yang koyak . Baginda tidak meminta pertolongan dari isterinya kerana tidak mahu menggangu isterinya dan baginda boleh lakukannya sendiri . 


2- Makanan


Bila tiada makanan yang terhidang ketika baginda pulang dari kerja , baginda dengan senyum sambil menyingsing lengan , pergi ke dapur membantu isterinya .

3- Segera Pulang


Apabila mendengar azan , Baginda segera pergi ke masjid menunaikan solat . Setelah selesai solat , Baginda terus sahaja pulang ke rumah untuk bersama isterinya .

4- Lapar


Apabila Rasulullah merasa lapar dan dan makanan pula masih mentah , baginda pun mengatakan bahawa baginda berpuasa .


5- Memukul


Rasulullah sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sedangkan isteri itu adalah teman tidur dan ibu kepada anak-anaknya .

6- Sikap


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Sebaik-baik kalian ( adalah ) yang sikapnya paling baik terhadap perempuan-perempuan mereka ( sendiri ) . "
( Hadis Riwayat Tirmidzi )

7- Keperluan


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Engkau harus memberinya makan jika engkau mendapat makan , memberinya pakaian jika engkau mendapat pakaian , jangan memukul wajahnya dan jangan meninggalkan mereka kecuali ia berada di rumah . "
( Hadis Riwayat Ahmad , Abu Daud Dan Ibn Majah )

8- Berkias


Apabila Aisyah memasak sup berasa masin , Rasulullah tidak menegurnya secara terang-terangan . Sebaliknya baginda berkias dengan mengajak Aisyah saling bersuap dengannya sebagaimana mereka mula-mula berkahwin dahulu .




Ayat Mudah Yang Buat Isteri Rasa Bahagia


Ayat Mudah Yang Buat Isteri Rasa Bahagia | Walaupun sudah lama berkahwin , berkahwin juga atas dasar cinta , memupuk kasih sayang dan cinta tetap perlu dilakukan supa pasangan anda sentiasa rindu dan tidak sanggup untuk berjauhan .

Tidak perlu pemberian hadiah yang mewah atau pemberian terlalu kerap juga kejutan kepada pasangan anda untuk menyemarakkan kasih sayang .


Ayat Mudah Yang Buat Isteri Rasa Bahagia

Ayat Mudah Yang Buat Isteri Rasa Bahagia


Cukuplah sekadar kata-kata yang boleh membuat pasangan anda merasa bahagia dan gembira juga rasa disayanga dan dicintai . Contohnya seperti berikut :

1- " Abang dah pindahkan duit ke dalam akaun sayang . "

2- " Abang dah lipatkan baju dan cuci pinggan magkuk . "

3- " Tak payah masaklah , Kita makan luar je . "

4- " Jom kita pergi shopping . "

5- " Sayang lagi nampak cantiklah bila tak bermake up . "

6- " Sayang pandai masaklah . Semua yang sayang masak , sedap ! "

7- " Biar abang je yang uruskan mereka ( ana-anak ) tu . Sayang berehatlah ya . "




Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri



Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri | Kasih sayang merupakan pokok atau asas dalam sebuah perkahwinan . Jika sebelum berkahwin , lautan api sanggup direnangi , kenapa bila sudah berkahwin , perlu bersengketa bila timbul masalah ?


Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri


Kasihilah pasangan anda dengan ikhlas dan seadanya tanpa syarat . Cinta tanpa syarat hadir apabila wujud kepercayaan yang dapat mengukuhkan kasih sayang . Jadi , hubungan yang terjalin antara pasangan tidak akan beubah meskipun berlaku sesuatu yang tidak diingini . Walau bagaimanapun masalah bakal timbul sebaik sahaja kasih sayang tidak bersyarat gagal dipertahankan . 

Kepercayaan terhaap pasangan merupakan aspek yang penting sekaligus menjadi asas kepada pengorbanan dalam rumahtangga . Selain itu , ia turut berkait dengan sejauh mana kejujuran dalam perhubungan .

Proses membina kepercayaan bermula dari hari pertama hidup bersama sebagai suami isteri . kasih sayang perlu mula dipupuk . Kasih sayang ini bersifat dalaman . Justeru itu , kasih sayang perlu dibaja selalu . 

Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri

Tindakan suami / isteri yang sering bertanyakan itu dan ini kepada pasangan boleh mewujudkan perasaan mencurigai . Elakkan bertanya dengan cara mendesak dengan tujuan mendapat jawapan segera . Perlu ada komunikasi yang positif antara kedua belah pihak .

Untuk mengekalkan kepercayaan yang sedia ada , suami / isteri perlulah memelihara secara seadanya . Tidak telalu memaksa dan dibuat-buat . Apa yang lebih penting , suami / ietri tahu dengan siapa mereka hidup bersama .

Suami / isteri perlu mengetahui personaliti pasangan . Bagaimana sifat pasangan mereka yang sebenar , apa yang disukai dan dibenci supaya mudah untuk mengawal keadaan apabila berlaku salah faham .

Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri

Jika pasangan sedang menghadapi kesakitan , jalan pasangan seperti orang sakit . Layanlah pasangan yang sakit seolah-olah dia perlukan perhatan dan mahu disayangi kerana orang yang sakit selalunya sangat sensitif perasaannya . Emosinya tidak stabil .

Berusahalah menaikkan semangat dan pupuk nilai positif kepada pasangan dalam apa jua keadaan terutamanya jika pasangan itu sedang menghidapi penyakit yang kronik .

Allah beri penyakit untuk menguji hambanya . Menguji sejauh mana keimanan , dalamnya kasih sayang , sejauh mana kesabaran dan tinggi mana hasrat kita untuk susah senang bersama pasangan hingga akhirnya .

Teknik Mudah Cumbuan Bangkitkan Ghairah Pasangan



Teknik Mudah Cumbuan Bangkitkan Ghairah Pasangan | Bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan memiliki anak , cumbu-cumbuan sering diabaikan dalam hubungan intim . Kesannya , kemesraan semakin luntur dan kenikmatan mula berkurangan . Jika masalah ini tid ditangani , pasangan akan mula menjadi bosan untuk meneruskan hubungan intim dan keluhan demi keluhan mula terpacul dibibir .

Biarpun mulut tidak mampu berkata -kata untuk menyatakan rasa tidak puas hati , dalam diam , pasangan menelan kepahitan perasaan . Jika dibiarkan , kepahitan perasaan ini mampu menjadi racun yang membunuh kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut .


Teknik Mudah Cumbuan Bangkitkan Ghairah Pasangan


Teknik Mudah Cumbuan Bangkitkan Ghairah Pasangan


Cumbu-cumbuan , biar nampak remeh tapi sebenarnya ia amat penting untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga yang terhasil daripada kepuasan seks yang maksima . 

Ketika bercumbu-cumbuan , stimulasi otak akan memacu kelenjar yang akan mewujudkan sensasi nikmat yang luar biasa . Jadi mengapa enggan atau malas melakukan cumbu-cumbuan sebagai pembukaan dalam hubungan intim anda ? 

Berikut adalah teknik cumbu-cumbun yang anda boleh amalkan untuk membangkitkan ghairah untuk bersama .

1- Pakaian


Sarungkan pakaian dalam yang diperbuat daripada bahan lembut seperti sutera atau satin , atau kamisol tembus pandang di balik kardigan yang kancingnya mudah dibuka . Ini akan membuat anda bertambah ghairah dan merangsang pasangan anda untuk bercumbu-cumbuan .

Pasangan anda semakin mudah ghairah dan terangsang jika terpaksa mengintip tubuh anda di sebalik pakaian yang disarungkan . 

2- Goda Pasangan


Bercumbu-cumbuan adalah cara terbaik untuk melipat gandakan sensasi sebelum anda dan pasangan memasuki tahap pemanasan yang sebenar-benarnya .

Tanpa perlu membuka baju , cuba goda pasangan anda dengan cumbu-cumbuan . Aktifkan jemari kaki dan tangan anda agar terus menjalar ke seluruh tubuh pasangan yang sensitif .

3- Agresif


Setelah pasangan anda mula terangsang , cuba jelajah tubuhnya dengan lebih agresif dengan menggunakan setiap inci tubuh anda . 

Anda perlu ingat , setiap inci tubuh anda mampu mendatangkan ghairah yang maksima kepada pasangan anda .

Sentuh bahagian tubuh pasangan anda terutama pada bahagian yang sensitif dengan menggunakan bahagian tubuh anda yang jarang sekali digunakan seperti bahu , lengan , punggung dan sebagainya .

4- Penuh Kemesraan


Cumbui tubuh pasangan anda dengan penuh kemesraan sambil membuka pakaiannya satu persatu . Ketika itu anda dapat merasakan kemesraan , kenikmatan dan kebahagiaan hubungan intim yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata .

5- Cepat bertindak


Anda perlu sensitif dengan perubahan pasangan anda . Jika pasangan anda terlihat semakin terangsang dan mula menyerang , tolak tubuhnya perlahan-lahan dengan penuh kemesraan dan gaya yang menggoda . Teruskan bercumbu-cumbuan sehinggalah saat untuk menyerang tiba iaitu ketika deruan nafasnya semakin kencang .

6- Tarian


 Anda juga boleh menggoda pasangan anda dengan mengajak pasangan anda menari dengan diiringi muzik lincah dan menggairahkan . Lakukan aksi-aksi tarian dalam bentuk yang amat menggairahkan agar si dia semakin terangsang .

7- Layari Bahtera


Setelah nafasnya semakin menderu kencang dan fikirannya tenggelam dalam keghairahan , barulah anda memainkan peranan seterusnya untuk melayari bahtera bersama-sama dan seterusnya mengecapi nikmat hubungan seksual yang pastinya tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya .





Cara Mudah Atasi Keletihan Melayan Suami



Cara Mudah Atasi Keletihan Melayan Suami | Ada kala keletihan yang dialami membuatkan para isteri bersifat dingin terhadap hajat suami . Jika masalah seumpama ini berterusan dan tidak ditangani segera , besar kemungkinan ia akan mencetuskan konflik dalam sesebuah rumahtangga .


Cara Mudah Atasi Keletihan Melayan Suami

Cara Mudah Atasi Keletihan Melayan Suami


Berikut adalah cara mudah atasi keletihan melayan suami yang para isteri boleh cuba dan amalkan .

Jamu


Untuk mengatasi segala kebuntuan , para isteri disarankan memakan jamu sebelum masuk waktu tidur . Jamu dapat membantu para isteri memberi kekuatan dengan melancarkan perjalanan darah serta kecergasan fizikal dan mental .

Amalkan pemakanan jamu dua kali sehari iaitu sejam sebelum bersama suami dan sebelum sarapan pagi . 

Bersenam


Para isteri perlu amalkan bersenam sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sebelum dan selepas bersama suami di ranjang

Lebih kerap lakukan senaman , lebih baik untuk kecergasan dan anda tidak akan berasa kepenatan atau lenguh-lenguh pada keesokkan harinya .



Pemakanan


Untuk penjagaan kesihatan dan kekuatan tenaga batin pula , para isteri digalakkan memakan banyak sayuran rebus atau ulam-ulaman kampung seperti pegaga , ulam raja dan pucuk betik .

Elakkkan makan makanan berlemak yang menggunakan santan ataupun minyak kerana boleh menyebabkan lemah badan .

Elakkan makan sayur kubis panjang , kangkung , labu air dan nangka kerana ia sejuk dan banyak angin . Memakan sayur tersebut secara berlebihan akan menyebabkan sengal-sengal otot , wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar .

Para isteri digalakkan untuk mengamalkan memakan buah kurma , kismis dan juga madu kerana ianya merupakan sumber tenaga yang paling banyak .




Serum Vgrip - Ketatkan Miss V dalam masa 5 minit


Serum Vgrip - Ketatkan Miss V dalam masa 5 minit | Di zaman yang semakin moden menyebabkan wanita juga harus lebih kedepan dalam menjaga soal kebahagiaan rumahtangga dari sudut keperluan batin . Walaupun suami tidak merungut , tetapi memberi kepuasan kepada pasangan juga merupakan satu pahala .


Serum Vgrip - Ketatkan Miss V dalam masa 5 minit

VGRiP – Serum Pengetat Wanita


  • Rindukan malam pertama? 
  • Rindu suasana ketika ‘bersama’ suami ketika malam pertama?
  • Ingin memikat suami setelah lama tidak ‘bersama’?
  • Agak longgar selepas bersalin?
  • Suami kurang memberikan perhatian?
  • Suami kerap mengeluh kerana Miss V kurang NGAM?

Serum Vgrip - Ketatkan Miss V dalam masa 5 minit


Jika dulunya, si suami cepat kebosanan. Kini tidak lagi. Dalam masa 5 minit anda akan rasa perubahan faraj anda.

Tidak lama. Hanya 5 minit faraj anda ketat seketatnya!


Kenapa anda Serum VGRiP ?


  1. Ketat dalam 5 minit – Mampu mengetatkan vagina yang sudah longgar hanya dalam masa 5 minit selepas penggunaan.
  2. Menambah rasa sensitif – Menambahkan rasa sensitif dan keinginan serta membuatkan tahap klimaks anda di tahap yang maksimum.
  3. Seperti malam pertama – Menyegarkan dan meransang pasangan anda seakan-akan di malam pertama.
  4. Menganjalkan dan mengetatkan kembali alat sulit wanita
  5. Memberikan perasaan terbaik ketika bersetubuh, bertindak sebagai pelincir wanita semulajadi dan perangsang.
  6. Dapat menikmati perhubungan suami isteri yang lebih menarik
  7. Sebagai penjagaan harian untuk melambatkan kesan penuaan
  8. Dihasilkan dari sumber tumbuh-tumbuhan, tidak mempunyai ‘side effect’ termasuk bahan kimia

Serum Vgrip - Ketatkan Miss V dalam masa 5 minit


Serum Vgrip - Ketatkan Miss V dalam masa 5 minit

Bagaimana VGRiP mampu berikan malam jumaat terindah buat suami anda?
Jika pada hari biasa, suami anda hanya rasa puas biasa-biasa saja bila bersama, selepas guna VGRiP, suami anda akan rasa sehingga 5 kali lebih puas dari biasa !


Cara Penggunaan:


Picit VGRiP – Lumur Hujung Jari – Sapu di Bibir Faraj
= Hanya 5 Minit Untuk Kepuasan 5 Kali Ganda


100% selamat dan halal- mengandungi herba herba terpilih sahaja. (kacip fatimah, manjakani, senamaki dan ubi jaga). Kelulusan KKM dalam proses.



Serum Vgrip - Ketatkan Miss V dalam masa 5 minit

Tips Dapat Anak Kembar


TIPS DAPAT ANAK KEMBAR | Ramai orang mahukan anak kembar . Ada ibu tidak sangka boleh dapat anak kembar . Nak dapat anak kembar ni bukannya kita boleh tentukan tapi kita boleh usaha mendapatkan anak kembar . 


TIPS DAPAT ANAK KEMBAR

TIPS DAPAT ANAK KEMBAR

Kebanyakan soalan yang saya terima daripada mommies yang buka buku awal (kurang 12 minggu) masa kali pertama scan ialah:
Kembar ke doktor?
Memang ramai mommies excited kalau dapat anak kembar, kata mereka , express : beranak sekali dah ada 2 anak. Sebenarnya bukan mudah untuk dapat anak kembar, walaupun mommies ada genetik kembar dalam keluarga.
Namun, ada beberapa tips untuk dapatkan baby kembar :

1. Sejarah keluarga


Sekiranya dalam keluarga mommies atau suami ada sejarah kembar, kemungkinan untuk mommies dapat anak kembar itu agak tinggi.

2. Umur


Mommies yang berumur 35 hingga 40 tahun berpontensi untuk mendapat anak kembar. Tapi kena ingat, kehamilan pada usia ini juga tinggi risikonya .

3. Lebih ramai anak


Potensi memilki anak kembar meningkat jika mommies sudah mempunyai ramai anak.

4. Berat badan & ketinggian


Mommies yang lebih tinggi & berat yang lebih berpontensi. Tapi, bukanlah berat badan berlebihan atau obes, tu makin susah mengandung ada lah...

5. Diet tinggi protein


Protein membantu meningkatkan bilangan telur yang dihasilkan. Laporan yang dimuatkan dalam Journal of Reproductive Medicine, wanita yang minum susu 5 kali ganda berpotensi melahirkan bayi kembar.

6. Ubat kesuburan


Meningkatkan peluang 2 ovum terhasil dalam 1 masa. Tapi dapatkan nasihat pakar dulu, jangan sembarangan makan ubat.

7. Prosedur IVF


Dalam prosedur ini wanita diberikan ubat untuk menghasilkan beberapa telur dan mematangnya dengan cepat. Prosedur ini juga mesti dilakukan dibawah pengawasan pakar.

8. Doa dapat anak kembar


Mommies boleh berdoa mengikut cara sendiri atau amalkan doa khusus untuk dapat anak kembar dalam Surah As-Saaffaat ayat 120 dan surah Asy-Syura ayat 50.

Tapi, bila dah dapat anak kembar tu jangan pula merungut susah nak jaga. Tapi raikanlah kecomelan mereka.



Rahsia Perkahwinan


Rahsia Perkahwinan | Setiap manusia mahukan pasangan kerana pasangan kita itu bukan sekadar mendatangkan bahagia malah saling melengkapi antara satu sama lain . Justeru itu , anda perlulah menghalalkan hubungan anda dengan pasangan melalui perkahwinan yang dituntut oleh syarak . Apabila sudah berkahwin nanti , anda akan menemui banyak rahsia perkahwinan yang membuat anda seperti berada di syurga dunia .


Rahsia Perkahwinan



Rahsia Perkahwinan


Rahsia perkahwinan akan tersingkap seandainya hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah s.w.t. dan dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Selain itu , anda akan menemui lebih banyak rahsia perkahwinan ini apabila anda berada di dalamnya . Firman Allah yang bermaksud ;

Dan antara tanda - tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri - isteri daripada jenismu sendiri agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya , dan dijadikan - Nya antara kamu perasaan kasih dan sayang . "
( Surah al - Rum : 21 )


1- Sunnah Para Nabi Dan Rasul


Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada Sunnah para Nabi dan Rasul . Firman Allah yang bermaksud :

Demi sesungguhnya Kami ( Allah ) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri - isteri dan keturunan . "
( Surah al - Ra'd : 38 )

2- Zuriat Keturunan


Kurniaan nikmat Allah kepada hamba - hamba - Nya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah s.w.t.

3- Satu Ibadah


Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang , dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai . Al - Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. bermaksud :

Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu , maka dia telah memenuhi separuh agamanya . Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi . "

4- Melimpahkan Rezeki 


Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin . Islam ingin mengikis rasa takut , tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak - anak kerana Allah menjamin rezeki mereka sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku . "

5- Memelihara Kehormatan


Sebaik - baik jalan untuk memelihara kehormatan serta kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

Wahai para pemuda , sesiapa yang mampu berumah tangga , hendaklah ia berkahwin kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya . Sesiapa yang tidak mampu , maka hendaklah dia berpuasa , justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah ( nafsu syahwat ) . "

6- Menyuburkan Perasaan Keibubapaan


Perkahwinan dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan , pendidikan dan kesejahteraan kepada anak - anak .

7- Wujud Disiplin Dan Tanggungjawab


Melalui perkahwinan wujud disiplin dan tanggungjawab terhadap diri dan rumahtangga melalui pengagihan tugas suami isteri , ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat .


Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di atas batas - batas agama semata - mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang melanda hati sanubari setiap individu .

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan